Pengisian Pesta Kubis Sabah perlu ditambah baik

Pengisian Pesta Kubis Sabah perlu ditambah baik



19/10/2013 11:59am

RANAU - Pengisian program Pesta Kubis Sabah perlu ditambah baik bagi memastikan penganjurannya sebagai produk pelancongan mendapat
sambutan lebih ramai pengunjung di masa depan.
Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar negeri, Datuk Seri Masidi Manjun berkata, sebagai contoh, pihak penganjur perlu melibatkan lebih banyak syarikat dalam urusan tajaan acara tertentu agar lebih menyeluruh sebagai tarikan pelancongan.
Penganjuran pesta itu bagi mengiktiraf sumbangan penanam sayur di tanah tinggi Kundasang di sini perlu selari dengan citarasa pengunjung selain perlu mengikut peredaran masa, katanya.
Masidi yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri kawasan Karanaan berkata, demikian kepada pemberita selepas melancarkan Pesta Kubis Sabah 2013 di Pekan Kundasang. - Bernama

tags: pesta kobis kundasang 2013, pesta kubis kundasang 2013, gambar pesta kubis kundasang 2013, video pesta kubis kundasang ranau sabah 2013, pesta kubis picture photo kundasang 2013 sabah borneo malaysia

0 comments:

Post a Comment

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More