Pada 16 JUN 2011, Japiril Suhaimin telah mengetuai satu perhimpunan kecil (ala2 demonstrasi la gtu) di depan Tugu Peringatan Kundasang (Kundasang War Memorial) yang digelar "Protes Aman "KEMBALIKAN WAR MEMORIAL KUNDASANG KEBENTUK ASAL"".
Protes aman ini difahamkan bertujuan untuk membantah kerja-kerja merobohkan tembok Tugu Peringatan tersebut yang dikhuatiri akan berlaku pengubahsuaian yang akan menghilangkan bentuk asal Tugu ini yang mempunyai nilai sejarah yang patut dijaga oleh generasi kini dan akan datang.
Bagi pendapat saya, protes ini wajar dilakukan kerana penduduk tempatan tidak dimaklumkan atau dibawa berbincang sebelum keputusan dibuat untuk merobohkan Tugu berkenaan. Walaupun Tugu berkenaan dibawah jagaan pihak berkuasa, namun mereka sepatutnya faham tentang sensitivit penduduk setempat kerana ia melibatkan kawasan penduduk Kundasang.
Namun, mungkin penduduk Kundasang boleh memikirkan cara lain untuk memprotes projek ini selain membuat demonstrasi. Dikhuatiri "demonstration style" akan menyerap dengan meluas di kawasan Kundasang.
p/s: Kalau jadi tabiat sudah ni demonstrasi, nanti ada sikit2 isu akan ada demonstrasi sana-sini. Macam tiada sudah cara lain. Kira ini permulaan sudah demontrasi ni di Kundasang. Jgn lah kita amalkan. Kundasang ni kawansan pelancongan. Kalau sudah ada perkara-perkara begini, orang rasa x selamat sudah mau datang sini. Jadi jangan lah bawa masuk tabiat ni masuk Kundasang. lagi2 Kundasang baru mau stabil ekonomi dia. Nanti2 orang luar kerja keras mau menguasai ekonomi tempatan, nah orang2 tempatan sibuk pigi berdemonstrasi.
Namun kerja-kerja tembok sudah pun dilakukan. Jadi sekarang diharapkan bentuk asal War Memorial Kundasang dikembalikan.
p/s: Ini kan nilai sejarah. Mimang lah sekarang tempat pelancungan, tp asalnya dulu adalah TUGU. Jadi mesti ada sebab kenapa askar-askar dulu2 buat itu TUGU dengan bentuk begitu. Mungkin dari strategi peperangan ka kan. Bagus lagi kita pigi buat dokumentari kenapa itu TUGU dibuat dengan bentuk begitu.
"KEMBALIKAN BENTUK ASAL TUGU PERINGATAN KUNDASANG!"
JANGAN BAWA MASUK DEMONSTRASI JALANAN MASUK KUNDASANG!!
Pic Credit to Japiril Suhaimin


























0 comments:
Post a Comment